Thursday, February 13, 2025
27 C
Brunei

    Berita Terkini

    Utara China, Beijing diselubungi ribut debu

    BEIJING, 4 Mei – Satu ribut debu menyelubunyi utara China dan Beijing hari ini, mendorong pihak berkuasa membatalkan berpuluh penerbangan dan menggesa kanak-kanak dan orang tua supaya tinggal di dalam rumah.

    Bangunan diselubungi oleh jerebu kelabu di ibu negara sementara penduduk yang keluar menutup mulut dan hidung mereka dengan topeng dan scarf bandana.

    Sekurang-kurangnya 48 penerbangan dibatalkan, termasuk enam laluan antarabangsa di Asia dan Rusia, menurut laman web Lapangan Terbang Ibu Negara Beijing.

    Ribut kerap berlaku pada musim bunga, apabila angin dari kawasan barat laut China menerbangkan tanah kering dan pasir ke bandar dari padang pasir Gobi, menyaluti kawasan bandar dengan lapisan kotoran kuning.

    Jarak penglihatan di Beijing adalah satu kilometer pada pagi, menurut media negeri.

    Seorang warga asing memakai topeng sambil mengambil gambar di Pavilion Wanchun di Jingshan Park di Beijing, ibu negara China, 4 Mei, 2017. Ribut debu melanda kebanyakan tempat di utara China termasuk Beijing hari ini, menjadikan langit kuning dan mengaburkan penglihatan. – Xinhua
    Seorang warga asing memakai topeng sambil mengambil gambar di Pavilion Wanchun di Jingshan Park di Beijing, ibu negara China, 4 Mei, 2017. Ribut debu melanda kebanyakan tempat di utara China termasuk Beijing hari ini, menjadikan langit kuning dan mengaburkan penglihatan. – Xinhua

    Paras jirim zarahan besar, dikenali sebagai PM 10, mencecah 900 pada lewat pagi, menurut laman web pengawasan kualiti udara aqicn. Org, atau hampir 20 kali pendedahan maksimum harian yang dicadangkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia.

    Paras yang tinggi menimbulkan risiko kepada kesihatan manusia, dan bandar tersebut telah menggesa kanak-kanak dan orang tua supaya tinggal dalam rumah.

    Ribut itu akan meliputi sebahagian besar kawasan barat laut negara sehingga esok, menurut penyiar negeri CCTV. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda