Wednesday, February 19, 2025
28.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Utara ikrar respons langkah ‘cuai’ tentera AS

    SEOUL, 11 April – Korea Utara mengecam penghantaran kumpulan serangan tentera laut oleh AS ke rantau hari ini, mengingatkan ia bersedia untuk melancarkan “peperangan” tatkala Washington mengetatkan kawalan ke atas negara nuklear itu.

    Kumpulan serangan – yang termasuk kapal induk pesawat udara kelas Nimitz USS Carl Vinson – membatalkan satu perjalanan ke Australia pada hujung minggu ini untuk menuju ke semenanjung Korea untuk menunjukkan sokongan perpaduan.

    “Ia menunjukkan bahawa tindakan AS yang melulu untuk menyerang DPRK telah mencecah tahap serius,” kata seorang jurucakap untuk kementerian luar Utara menurut agensi berita KCNA.

    “DPRK bersedia untuk bertindak terhadap sebarang kaedah peperangan yang dikehendaki oleh AS,” kata beliau, menggunakan nama rasmi negara, Republik Demokratik Rakyat Korea.

    Presiden Donald Trump, baru sahaja mengarahkan serangan peluru berpandu ke atas Syria yang ditafsirkan sebagai satu amaran kepada Korea Utara, telah meminta penasihatnya supaya memberikan pelbagai opsyen untuk mengawal Pyongyang, kata seorang pegawai kanan AS pada Ahad.

    Trump sebelumnya mengugut akan mengambil tindakan satu hala ke atas Pyongyang sekiranya China, sekutu utama Utara, gagal membantu mengawal program senjata nuklear negara jirannya. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda