Utara Myanmar bergolak

YANGON, 18 OGOS – Seorang pemandu ambulans sukarela terbunuh di kawasan pedalaman di timur laut, dekat sini, ketika pertempuran antara tentera dan pemberontak etnik semakin tegang, lapor media tempatan, hari ini.

Kawasan berhampiran sempadan China telah dicengkam oleh konflik bersenjata selama beberapa dekad, tetapi pusingan keganasan baharu meletus minggu ini apabila gabungan kumpulan bersenjata melancarkan serangan terhadap akademi tentera dan pos tentera, membunuh sekurang-kurangnya 15 orang.

Tentera mendakwa serangan itu adalah tindakan balas ter-hadap rampasan dadah secara besar-besaran pada bulan Julai tetapi pemberontak mengatakan mereka bertindak balas terhadap serangan ketenteraan.

Akhbar Global New Light of Myanmar melaporkan, Tun Myint, 58 terbunuh ketika penembak tepat dan kumpulan pemberontak, melancarkan serangan hingga memaksa sebuah ambulans milik kumpulan dermawan sekitar bandar Lashio, berpatah balik seperti dimaklumkan isterinya, Tin Tin. – AFP