Utara perlu tukar haluan
TOKYO, 4 Jan – Korea Utara perlu menukar haluannya dan menghentikan program nuklear serta ujian peluru berpandunya untuk menjadi negara yang lebih kaya, menurut Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe hari ini. Berucap semasa sidang media bersempena Tahun Baru, Abe memberitahu wartawan bahawa Jepun sedang membuat pemerhatian terhadap impak sekatan yang dikenakan kepada Korea Utara, terutama


































