Friday, October 11, 2024
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    UTB adakan majlis keagamaan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Jun – Bersempena Sambutan Nuzul Al-Quran tahun ini, Universiti Teknologi Brunei (UTB) telah mengadakan majlis keagamaan yang berlangsung di Dewan Kuliah 2, Fasa 3, UTB.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Naib Canselor UTB, Profesor Dr. Hajah Zohrah binti Haji Sulaiman. Turut hadir ialah pegawai-pegawai utama, para pensyarah, kakitangan dan penuntut UTB.

    Majlis telah dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan ayat-ayat suci Al-Quran dari Surah Al-Baqarah ayat 185 dan 186 oleh Awang Muhammad Muizzuddin Asyur bin Awang Mat Japar.

    Kemudian majlis diikuti dengan ceramah bertajuk 10 cara menghargai Al-Quran oleh penceramah jemputan iaitu Pembantu Profesor Kanan, Dr. Haji Harapandi Dahri dari Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB).

    Professor Dr Hajah Zohrah ketika hadir mendengarkan ceramah tersebut.
    Professor Dr Hajah Zohrah ketika hadir mendengarkan ceramah tersebut.
    Dr. Hj. Harapandi Dahri ketika menyampaikan ceramahnya pada majlis tersebut.
    Dr. Hj. Harapandi Dahri ketika menyampaikan ceramahnya pada majlis tersebut.

    Dalam ceramahnya itu, beliau menggambarkan Al-Quran sebagai wahyu menakjubkan yang menghimpunkan buku-buku dan kitab suci yang diturunkan Allah S.W.T kepada rasul-rasul lain sebelum Nabi Muhammad S.A.W.

    Beliau menekankan kepentingan merenungkan, memahami dan menggunakan pengajaran daripada Al-Quran dalam memajukan sosioekonomi masyarakat Islam dan akibat-akibat meninggalkannya.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda