Friday, June 2, 2023
27.4 C
Brunei

    -

    UTB bakal miliki SASM

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 MAC – Universiti Teknologi Brunei (UTB) bakal mempunyai Bangunan Sekolah Sains Gunaan dan Matematik (SASM) apabila bangunan berkenaan dijadualkan siap dibina pada 25 Mac 2024.

    Sehubungan itu, UTB mengadakan Majlis Peletakan Batu Asas bagi Bangunan Tambahan UTB Fasa 4, SASM yang berlangsung di UTB, hari ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat dan menyempurnakan peletakan batu asas berkenaan ialah Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi) di Kementerian Pendidikan, Dr Haji Azman bin Ahmad selaku wakil peribadi Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr Hajah Romaizah binti Haji Mohd Salleh.

    Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Naib Canselor UTB, Datin Paduka Profesor Dr Hajah Zohrah binti Haji Sulaiman, pegawai-pegawai utama UTB, pegawai-pegawai kanan dari Kementerian Pendidikan, Kementerian Kewangan dan Ekonomi dan Kementerian Pembangunan, konsultan yang dilantik serta kakitangan universiti berkenaan.

    Selepas majlis peletakan batu asas berkenaan, Dr Haji Azman serta jemputan khas telah diberikan penerangan mengenai pembinaan bangunan fasa 4 serta menyaksikan pameran mengenai bangunan berkenaan.Di bawah Rancangan Kemajuan Negara ke-11, Bangunan SASM akan meliputi kawasan lantai dalaman seluas 10,317 meter persegi dengan menempatkan pelbagai kemudahan termasuk lapan buah makmal, bilik darjah moden, sebuah dewan kuliah, bilik seminar dan persidangan, bilik mesyuarat serta bilik pejabat.

    Dr Haji Azman semasa menyempurnakan peletakan batu asas.
    Antara yang menghadiri majlis tersebut, kelmarin.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Jepun, AS sahkan kerjasama, tentang pelancaran satelit Korea Utara

    TOKYO, 2 JUN - Menteri Pertahanan Jepun, Yasukazu Hamada dan Setiausaha Pertahanan AS, Lloyd Austin mengesahkan kelmarin bahawa kedua-dua negara akan bekerjasama menentang pelancaran...
    - Advertisment -