Wednesday, October 9, 2024
24.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    UTB, KI tandatangani MoA

    Oleh Pg Fairol RMF

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 Mei – Sebagai inisiatif dalam membantu para pelajar melanjutkan penganjian pada peringkat yang lebih tinggi lagi, Universiti Teknologi Brunei (UTB) dan Institut Kemuda (KI) telah menandatangani satu memorandum perjanjian (MoA) pagi tadi.

    Hadir semasa majlis penandatanganan itu, yang diadakan di Kampus KI, Beribi, ialah Pemangku Naib Canselor UTB, Haji Ady Syarmin bin Haji Mohd Taib dan Pengerusi Eksekutif KI, Dato Paduka Haji Abdul Razak bin Haji Muhammad. Turut hadir pada majlis itu ialah pensyarah-pensyarah, kakitangan dan pelajar-pelajar dari UTB dan KI.

    MoA bagi Program Bridging UTB-Satellite Partners (UTB-SP) ditandatangani oleh Penolong Naib Canselor (Akademik) UTB, Dayang Noor Maya binti Haji Mohd Salleh, dan Pengarah Urusan KI, Loo Mei Tim.

    Program Bridging UTB-SP, yang ditawarkan kepada kedua-dua UTB dan KI, terdapat dua lagi bidang pengajian di bawahnya iaitu Bridging for Tommorow’s Engineering (BriTE) dan Bridging for Computing (BriCOMP).

    Di bawah perjanjian ini, KI menawarkan pengajian selama 14 minggu kepada pelajar yang memenuhi syarat kemasukan minimum universiti tetapi kekurangan mata untuk diterima bagi Program Sarjana Muda dalam bidang Kejuruteraan dan Komputer di UTB.

    Program tersebut juga menawarkan kepada sesiapa saja yang mahu menyambung pengajian, merebut peluang untuk meningkatkan pengetahuan asas dan kemahiran diperlukan untuk belajar lebih mendalam dengan mengikuti Program Sarjana Muda Kejuruteraan dan Komputer.

    Sesi bergambar ramai semasa penandatanganan MoA di antara UTB dan KI.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda