UTB meriahkan awal tahun Hijrah

BANDAR SERI BEGAWAN, 31 OGOS – Universiti Teknologi Brunei (UTB) tidak ketinggalan menyemarakkan Awal Tahun Baharu Hijrah 1442 dengan mengadakan majlis ceramah khas yang berlangsung di Dewan Kuliah 2, UTB, baru-baru ini.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Naib Canselor UTB, Profesor Dr Hajah Zohrah binti Haji Sulaiman. Turut hadir ialah para pegawai utama, pensyarah, kakitangan dan pelajar universiti berkenaan.

Pada majlis itu, ceramah bertajuk ‘Generasi Berilmu, Beramal, Berakhlak Memacu Pembangunan Umat’ telah disampaikan oleh penceramah undangan dari Pusat Dakwah Islamiah, Dr Andas Haji Ismuhadi bin Haji Abdullah yang berkongsi me-ngenai makna sebenar hijrah.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, majlis berkenaan merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh Unit Keugamaan, Pejabat Hal Ehwal Pelajar UTB untuk mendapatkan keberkatan dari Allah SWT dan memperingati peristiwa Hijrah Nabi Muhammad SAW dari Mekah ke Madinah.

Profesor Dr Hajah Zohrah hadir bersama tetamu lain pada ceramah khas yang berlangsung di Dewan Kuliah 2, UTB, baru-baru ini. – Gambar serahan UTB