Tuesday, October 15, 2024
28.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    UTB rai Maal Hijrah, jemaah haji

    Oleh Salawati Haji Yahya

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 12 Okt – Universiti Teknologi Brunei (UTB), hari ini, telah mengadakan ceramah keagamaan sempena Sambutan Awal Tahun Hijrah 1439 dan Doa Kesyukuran bagi meraikan kepulangan jemaah haji warga UTB.

    Majlis yang berlangsung di Kompleks Perpustakaan UTB itu telah diselajurkan dengan Doa Kesyukuran bagi meraikan pencapaian universiti dalam menyertai Quacquarelli Symonds (QS) Star Rating.

    Hadir pada majlis itu ialah Pemangku Naib Canselor, Dr. Hajah Noormaya binti Haji Mohd Salleh.

    Ceramah keagamaan pada majlis itu pula telah disampaikan oleh penceramah dari Pusat Dakwah Islamiah, Haji Abdussalam bin Haji Abdul Rahman.

    Haji Abdussalam ketika menyampaikan ceramahnya pada Majlis Sambutan Awal Tahun Hijrah 1439.

    Majlis diteruskan dengan bacaan Doa Kesyukuran atas kejayaan dalam QS di mana QS Stars berkenaan merupakan sistem penarafan antarabangsa yang menyediakan institusi dengan pelbagai kriteria lebih luas seterusnya membolehkan mereka tampil dalam bidang tertentu dengan kecemerlangan.

    Pada majlis itu, Dikir Marhaban dan bacaan Doa Selamat dipimpin oleh Pegawai Ugama UTB, Awang Mohd Fazalley bin Haji Hidup.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda