Sunday, December 15, 2024
22.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    UTB sambut Hari Kesihatan Mental Sedunia

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 OKT – Universiti Teknologi Brunei (UTB) tidak ketinggalan meraikan Hari Kesihatan Mental Sedunia untuk meningkatkan kesedaran mengenai isu kesihatan mental dan membasmi stigma sosial dalam komuniti universiti berkenaan dengan mengadakan pertandingan seni.

    Juara pertandingan ialah Awang Mohammad Nadhir bin Haji Mohamed Husaini daripada Multimedia Kreatif, Sekolah Pengkomputeran dan Informatik, manakala itu tempat kedua dimenangi oleh Mek Shuet Yi daripada Kejuruteraan Mekanikal, Fakulti Kejuruteraan dan Dayangku Nur Syazwani Rasidah binti Pengiran Adi Noor daripada Media Digital Sekolah Pengkomputeran dan Informatik di tempat ketiga.

    Penyampaian hadiah kepada para pemenang pada acara Hari Kesihatan Mental Sedunia di UTB, kelmarin, telah disempurnakan oleh Dekan Hal Ehwal Pelajar, Pengiran Ida Nurul-Fitri binti Pengiran Haji Kahar dengan pemenang pertama menerima wang tunai $100, tempat kedua $70 dan pemenang ketiga menerima $50.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan UTB, pertandingan berkenaan dianjurkan oleh Unit Kaunseling Pejabat Hal Ehwal Pelajar UTN dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) melalui Jawatankuasa Eksekutif mengenai Publisiti dan Teknologi Infokomunikasi (PICT), Kesihatan, Keselamatan, Sekuriti dan Alam Sekitar (HSSE) dan Kepimpinan, Pembangunan dan Mentor (LDM).

    Berjalan dari 7 September hingga 3 Oktober lalu, pertandingan diadakan bagi pelajar-pelajar menzahirkan bagaimana pandemik COVID-19 telah memberi impak terhadap kesihatan mental mereka menerusi luahan kreatif dan artistik pilihan mereka.

    Pengiran Ida Nurul-Fitri menyampaikan hadiah kepada Awang Mohammad Nadhir selaku juara pertandingan seni itu. – Gambar serahan UTB
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda