Wednesday, April 24, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    UTB tanam 133 anak pokok

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 JAN – Bersempena Kempen Penanaman Pokok Protokol Hijau, Universiti Teknologi Brunei (UTB) dengan kerjasama institusi-institusi pengajian tinggi yang lain dan sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pendidikan tidak ketinggalan menjayakan kempen berkenaan dengan menanam sebanyak 2,000 anak pokok secara keseluruhannya, baru-baru ini.

    Kelmarin, UTB yang dipimpin oleh Naib Canselor UTB, Profesor Dr Hajah Zohrah binti Haji Sulaiman bersama para kakitangan, mahasiswa dan mahasiswi, serta alumni universiti telah berjaya menanam kira-kira 133 anak pokok di sekitar ISLE Garden dan kawasan Fasa 3 kampus tersebut.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan, acara berkonsepkan kehijauan itu merupakan salah satu aktiviti bagi memeriahkan suasana menjelang majlis konvokesyen universiti berkenaan pada pertengahan Februari nanti.

    Menurut Majlis Kebangsaan Perubahan Iklim Negara Brunei Darussalam, sebagai salah satu strategi utama untuk mengubah Negara Brunei Darussalam menjadi negara karbon rendah dan berdaya tahan iklim, peningkatan penutupan hutan akan meningkatkan penyerapan karbon yang sekali gus dapat memberi kesan positif kepada habitat, biodiversiti dan ekosistem negara.

    Oleh itu, 10 strategi utama untuk memerangi isu perubahan iklim perlu dicapai selaras dengan Wawasan Brunei 2035 iaitu meliputi bidang tentang pelepasan industri, tutupan hutan, kenderaan elektrik, tenaga boleh diperbaharui, pengurusan tenaga, penetapan harga karbon, pengurusan sisa, inventori karbon, daya tahan iklim dan penyesuaian, serta kesedaran dan pendidikan.

    Profesor Dr Hajah Zohrah memimpin warga UTB dalam Kempen Penanaman Pokok Protokol Hijau di kampus universiti berkenaan. – Gambar serahan UTB
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...