Wednesday, April 24, 2024
30.6 C
Brunei

    -

    UTB terima sumbangan buku DBP Malaysia

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 MAC – Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Dato’ Raja Reza bin Raja Zaib Shah telah menyerahkan sumbangan buku terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Malaysia ke Perpustakaan
    Universiti Teknologi Brunei (UTB), kelmarin.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Negara Brunei Darussalam, di sini, buku-buku berkenaan diserahkan semasa kunjungan hormat TYT Dato’
    Raja Reza kepada Naib Canselor UTB, Profesor Dr Hajah Zohrah binti Haji Sulaiman.

    Turut hadir dalam pertemuan itu ialah Timbalan Naib Canselor (Akademik), Dr Hajah Ena Kartina binti Haji Abdul Rahman; Timbalan Naib Canselor (Industri dan Perkhidmatan), Dr Mohamad Saiful bin Haji Omar serta Timbalan Pengarah Pejabat Korporat dan Komunikasi, Pengiran Dr Rafidah Pengiran Haji Petra.

    Penyerahan buku berkenaan merupakan salah satu usaha berterusan pihak Suruhanjaya Tinggi Malaysia dalam perkongsian budaya dan memartabatkan Bahasa Melayu ke tahap yang lebih tinggi.

    Semasa kunjungan hormat berkenaan, TYT Dato’ Raja Reza dan Profesor Dr Hajah Zohrah bertukar-tukar pandangan mengenai kerjasama dalam bidang pendidikan tinggi antara UTB dan institusi-institusi pendidikan di Malaysia.

    Kedua-dua pihak melahirkan rasa puas hati dengan kerjasama yang sedia terjalin antara UTB dan institusi-institusi pengajian tinggi Malaysia serta berbincang ke arah memperkukuhkan kerjasama antara UTB dan universiti-universiti di Malaysia.

    Profesor Dr Hajah Zohrah menerima kunjungan hormat daripada TYT Dato’ Raja Reza di UTB,
    baru-baru ini. – Gambar serahan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Negara Brunei Darussalam
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...