Thursday, April 25, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Utusan AS di Etiopia gesa pertempuran dihentikan

    ADDIS ABABA, 6 SEPT – Delegasi dari Amerika Syarikat (AS), Mike Hammer berada di Etiopia hari ini dalam usaha untuk menghentikan pertempuran baharu antara pasukan pro-kerajaan dan pemberontak Tigray di utara negara itu yang dilanda perang.

    AS menghantar Hammer sebagai utusan khasnya ke Etiopia pada hujung minggu lalu, selepas penyambungan semula pertempuran bulan lalu memusnahkan gencatan senjata dan menghancurkan harapan untuk menamatkan krisis kemanusiaan yang dicetuskan oleh perang hampir dua tahun.

    Utusan khas Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) untuk negara Afrika, Hanna Serwaa Tetteh, telah bertemu utusan dari AS hari ini di Addis tetapi tidak ada rancangan untuk misi bersama,” kata jurucakap PBB kepada AFP lewat kelmarin.

    Semasa lawatannya sebelum ini ke Etiopia bulan lalu, Hammer mengembara ke Tigray bersama rakan sejawatannya dari Kesatuan Eropah (EU), Annette Weber. Kehadiran mereka menimbulkan kemarahan pihak berkuasa persekutuan dan menggesa mereka memulihkan perkhidmatan asas seperti elektrik dan komunikasi ke wilayah yang terjejas.

    Butiran mengenai lawatannya yang berterusan adalah terhad, dengan tiada maklumat tersedia daripada kerajaan Perdana Menteri Abiy Ahmed atau pihak berkuasa AS. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...