Friday, April 19, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Utusan China bakal adakan lawatan ke Eropah

    BEIJING, 15 MEI – Seorang utusan China hari ini bersiap sedia untuk melawat Ukraine dan Rusia, tetapi harapan untuk menamatkan peperangan yang sudah berlangsung selama 15 bulan itu adalah tipis.

    Kerajaan Xi Jinping berkata ia akan bersikap berkecuali dan mahu memainkan peranan sebagai orang tengah, tetapi telah memberikan sokongan politik kepada Moscow. Beijing mengusulkan rancangan damai pada Februari, tetapi sebahagian besarnya ditolak oleh sekutu Ukraine, yang menegaskan tentera Vladimir Putin mesti berundur.

    Li Hui, bekas duta ke Moscow, juga akan melawat Poland, Perancis dan Jerman, menurut kementerian luar. Ia tidak memberikan butiran jadual lain.

    Penganalisis politik melihat sedikit harapan untuk perjanjian damai kerana Ukraine mahupun Rusia tidak bersedia untuk menghentikan pertempuran. Mereka berkata dengan menghantar utusan, China nampaknya cuba meneutralkan kritikan terhadap persahabatannya dengan Putin dan memisahkan sekutu Eropah dari Washington.

    Xi bercakap dengan Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy melalui telefon pada April, menetapkan perjumpaan untuk dialog diplomatik.

    “Perjalanan itu menyatakan komitmen China untuk mempromosikan keamanan dan rundingan,” kata jurucakap kementerian luar, Wang Wenbin pada Jumaat.

    Beijing sebelum ini mengelak penglibatan dalam konflik antara negara lain tetapi baru-baru ini menegaskan dirinya sebagai kuasa diplomatik global selepas mengatur rundingan antara Arab Saudi dan Iran pada Mac yang membawa pemulihkan hubungan diplomatik antara kedua-duanya selepas tegang selama tujuh tahun.

    China mempunyai hubungan erat dengan Moscow dan memanfaatkan hubungan tersebut dari segi ekonomi dengan menjadi pembeli terbesar minyak dan gas Rusia selepas Amerika Syarikat dan sekutunya menghentikan pembelian. – AP

    Gabungan foto fail ini menunjukkan Presiden China Xi Jinping (kiri) diambil di Bangkok, pada 19 November 2022, dan Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy diambil di luar Kyiv, pada 7 April. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...