TEHRAN, 14 OKT – Utusan Kesatuan Eropah (EU) yang bertanggungjawab dengan rundingan penyelarasan dalam memulihkan perjanjian nuklear Iran, Enrique Mora, bertemu timbalan menteri luar negeri Iran, Ali Bagheri di Tehran hari ini.
Lawatan Mora ke Tehran diadakan di tengah tekanan memuncak dari EU serta AS bagi penyambungan semula rundingan berhubung pengembalian Washington dalam perjanjian tersebut.
Kementerian Luar Iran berkata lawatan Mora ‘disusuli konsultasi antara dua pihak berhubung kepentingan bersama, terutama hubungan Iran-EU, Afghanistan dan perjanjian nuklear. – AFP