Saturday, April 20, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    Utusan khas ASEAN bertemu ketua junta Myanmar

    YANGON, 21 MAC – Seorang utusan khas ASEAN bertemu ketua junta Myanmar hari ini dalam percubaan terbaharu blok serantau untuk memulakan dialog antara tentera dan penentang rampasan kuasa.

    Menteri Luar Kemboja, Prak Sokhonn dan ketua junta, Min Aung Hlaing membincangkan ‘situasi bantahan dan keganasan yang berpunca daripada perselisihan politik’ dan kerjasama kemanusiaan, kata pasukan penerangan junta dalam satu kenyataan.

    Lawatan utusan itu, yang berakhir Rabu ini, dihasratkan untuk ‘merangsang konsultasi politik….dengan semua parti terbabit,” menurut kenyataan awal dari kerajaan Kemboja.

    Prak Sokhonn sebelumnya meminta untuk dibenarkan bertemu dengan anggota ‘National Unity Government’ yang didominasi oleh ahli perundangan dari parti Suu Kyi yang disingkirkan.

    Junta – yang mengklasifikasikan anggota kerajaan bayangan itu sebagai ‘pengganas’ – serta-merta menolak permintaan tersebut. – AFP

    Jeneral Kanan Min Aung Hlaing (kanan) berjabat tangan dengan Menteri Luar Kemboja, Prak Sokhonn di Naypyidaw. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...