Monday, January 20, 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Utusan khas ASEAN: Perkembangan kecil dalam misi Myanmar

    PHNOM PENH, KEMBOJA, 23 MAC – Menteri Luar Negeri Kemboja hari ini mendakwa adanya kemajuan kecil awal dalam misinya sebagai utusan khas serantau yang berusaha untuk memudahkan perdamaian di Myanmar yang dilanda pergolakan.

    Prak Sokhonn, mewakili negara ASEAN, bercakap selepas pulang daripada lawatan ke Myanmar.

    Menurutnya, beliau telah digalakkan oleh kerajaan tentera yang membenarkannya untuk bertemu dengan pelbagai parti bagi konflik tersebut, namun bersikap pesimistik tentang peluang gencatan senjata untuk menamatkan keganasan itu.

    Prak Sokhonn mengadakan perbincangan Isnin dan kelmarin bersama pemimpin Myanmar, Jeneral Kanan Min Aung Hlaing, dan anggota kabinetnya tentang konsensus lima perkara ASEAN ke atas Myanmar, yang dikeluarkan April tahun lalu.

    Beliau juga bertemu dengan diplomat dari negara ASEAN lain dan PBB, serta Ko Ko Gyi, seorang ahli politik Myanmar yang terkenal sebagai aktivis pergolakan gagal ke atas pemerintahan tentera pada 1988. – AP

    Jeneral Kanan Min Aung Hlaing (kanan) semasa bertemu dengan Prak Sokhonn pada mesyuarat di Naypyitaw pada 21 Mac. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda