Tuesday, April 29, 2025
24.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Utusan Korea U diberi tempoh sebulan tinggalkan Kuwait

    BANDAR KUWAIT, 17 Sept – Sekutu Amerika Syarikat (AS), Kuwait telah memberi duta Korea Utara tempoh sebulan untuk meninggalkan negeri Teluk itu dan akan mengurangkan perwakilan diplomatiknya dengan Pyongyang, kata diplomat kanan Kuwait kepada AFP hari ini.

    Kehadiran diplomatik Korea Utara di emiriah itu juga akan dikurangkan kepada kuasa usaha dan tiga diplomat, kata sumber memberitahu AFP.

    Langkah itu disusuli lawatan kurang dua minggu lalu oleh Emir Kuwait, Sheikh Sabah al-Ahmad Al-Sabah ke Washington.

    Gambar yang diambil pada 7 September menunjukkan Su Shan (tengah) duta Republik Korea Utara di Kuwait, isterinya dan penolong menteri luar negeri Kuwait bagi hal ehwal Asia Timur, penasihat Salem al-Hamdan (kanan) memotong kek semasa resepsi di Bandar Kuwait untuk menandakan hari kebangsaan Korea U. – AFP

    Sumber itu berkata Kuwait tidak akan memperbaharui permit yang diberikan kepada pekerja Korea Utara untuk memasuki semula negara itu selepas projek-projek mereka pada masa ini sedang usahakan itu akan diselesaikan ‘dalam masa satu atau dua tahun’.

    Terdapat kira-kira 2,000 hingga 2,500 pekerja Korea Utara bekerja di Kuwait dan ribuan lagi dipercayai bekerja di negeri Teluk lain.

    Kuwait juga telah memutuskan untuk menghentikan visa kepada warga Korea Utara dan menangguhkan semua hubungan perdagangan dan penerbangan berkaitan dengan Pyongyang. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda