Friday, December 1, 2023
24.9 C
Brunei

    -

    Utusan PBB ‘bimbang’ penutupan sekolah Rohingya

    DHAKA, 19 DIS – Keputusan Bangladesh untuk menutup sekolah-sekolah bagi pelarian Rohingya berisiko mengakibatkan generasi kanak-kanak ‘tidak berpelajaran’, kata utusan hak asasi kemanusiaan PBB memberi amaran hari ini.

    Pihak berkuasa minggu ini mengarahkan penutupan pusat-pusat pendidikan ‘tidak dibenarkan’ di kem-kem sempadan yang menempatkan sekitar 850,000 anggota minoriti Islam yang tidak bernegara, yang melarikan diri dari keganasan di negara jiran Myanmar.

    Arahan itu timbul semasa lawatan pelapor khas PBB, Tom Andrews yang mengatakan sekolah-sekolah yang dijalankan secara persendirian memainkan peranan penting dalam mendidik kanak-kanak Rohingya.

    “Saya sangat bimbang apabila mengetahui dasar baharu, yang disebarluaskan semasa saya berada di sini yang akan menutup semua sekolah-sekolah persendirian di kem itu,” ujarnya kepada wartawan di bandar Dhaka.

    “Kami tidak akan membenarkan keseluruhan generasi Rohingya tidak mendapat pendidikan,” tambahnya. Kementerian Luar Negeri Bangladesh telah mengatakan arahan itu tidak menjejaskan sekitar 3,000 pusat pembelajaran bagi kanak-kanak di kem yang disokong oleh Dana Kanak-Kanak PBB (UNICEF). – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Reaktor gabungan nuklear eksperimen Jepun dirasmikan

    TOKYO, 1 DIS - Reaktor gabungan nuklear eksperimen terbesar di dunia yang sedang beroperasi dirasmikan di Jepun hari ini, sebuah teknologi pada peringkat awal...