Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    Utusan tertinggi AS tiba di Seoul

    SEOUL, 18 APRIL – Utusan tertinggi Amerika Syarikat berhubung Korea Utara telah tiba di Seoul hari ini bagi rundingan selepas Pyongyang menambah ketegangan di semenanjung dengan pelancaran misil dan membayangkan ujian nuklear.

    Pyongyang telah menjalankan lebih puluhan ujian senjata tahun ini, yang terbaharu pada hujung minggu, ujian jarak dekat yang Korea Utara dakwa boleh mempertingkatkan ‘keberkesanan dalam operasi taktikal nuklear’.

    Sung Kim, Perwakilan Khas AS bagi Dasar Korea Utara akan bertemu dengan rakan sejawatannya dari Korea Selatan, Noh Kyu-duk dan pegawai lain semasa lawatan lima harinya.

    Ketibaannya muncul ketika Seoul dan Washington memulakan latihan tentera bersama tahunan sembilan hari. Latihan seumpamanya sering membuat Pyongyang berang, yang menggelarnya sebagai latihan untuk perang. – AFP

    Sung Kim (kiri) bersama perwakilan khas, Noh Kyu-duk. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...