UVD dipilih robot pembasmi kuman

ODENSE, DENMARK, 17 JUN – Hari ini, Blue Ocean Robotics pengeluar Robot UVD bagi pembasmian kuman UV-C berautonomi mengumumkan bahawa ia telah dipilih oleh ISS World Services, sebuah syarikat pengurusan pengalaman dan kemudahan tempat kerja global yang terkemuka di dunia, untuk menyediakan robot-robot berautonomi bagi pembasmian kuman sebagai sebahagian daripada penawaran global ISS.

Perjanjian itu membolehkan ISS untuk menawarkan pembasmian kuman gred hospital kepada lebih daripada 60,000 pelanggan mereka di lebih 30 buah negara di dalam sektor penjagaan kesihatan, farmaseutikal, sains hayat, perkhidmatan perbankan dan kewangan, industri & pembuatan. Robot UVD membolehkan kemudahan untuk mengurangkan penularan penyakit dengan menghapuskan 99.99 peratus bakteria dan virus di mana-mana bilik.

Claus Risager, Ketua Pegawai Eksekutif Blue Ocean Robotics, berkata, “Robot UVD mempunyai keupayaan unik untuk merasa, mendokumentasi dan menunjukkan kepada pengguna betapa baik pembasmian kuman di sesuatu kawasan, yang membolehkan pengguna dengan mudah dan pantas menyesuaikan proses dan mengoptimumkannya jika diperlukan. Satu ciri yang tidak terdapat dalam mana-mana robot pembasmian kuman UV-C yang lain.” – Bernama

Robot UVD membantu untuk memastikan tahap pembersihan dan pembasmian kuman yang cemerlang. – Bernama