UVD Robots bantu lawan jangkitan dari hospital

ODENSE, DENMARK – Ketika varian koronavirus baharu merebak, pertumbuhan di dalam permintaan untuk penyelesaian pencegahan jangkitan menggunakan cahaya UV-C diunjurkan akan mencecah AS$18.94 bilion menjelang 2030, menyaksikan satu kadar pertumbuhan tahunan sebanyak 59.7 peratus dari 2021 hingga 2030.

Yang menyemarakkan lagi permintaan adalah peningkatan di dalam jangkitan yang diperolehi di hospital (HAI) di seluruh dunia yang menyebabkan lebih banyak kematian akibat daripada peningkatan di dalam rintangan antibiotik sekalipun daripada jangkitan yang biasa.

Robot pembasmian kuman UV-C berautonomi telah muncul sebagai satu penyelesaian untuk melengkapkan amalan pembersihan dan pembasmian kuman standard untuk menangani HAI dan keperluan kebersihan yang lebih tinggi akibat daripada pandemik COVID. UVD Robots adalah sebuah robot mudah alih, berautonomi sepenuhnya menggunakan cahaya UV-C untuk membunuh virus dan bakteria, menyediakan satu penyelesaian tambahan bagi kawalan dan pencegahan jangkitan.

Sebagai sebuah peneraju dunia di dalam penyelesaian dan perkhidmatan pencegahan jangkitan, Ecolab didorong untuk membantu sistem kesihatan dan hospital meningkatkan kesan terhadap pesakit dan merealisasikan nilai klinikal, operasi dan kewangan melalui satu pendekatan programatik untuk memastikan kebersihan kakitangan dan kemudahan. Ecolab telah mengembangkan portfolio global mereka bagi penyelesaian pencegahan jangkitan untuk memasukkan UVD Robots, di dalam penawaran mereka bagi pelanggan penjagaan kesihatan, termasuk hospital penjagaan, klinik pesakit dalam dan pesakit luar, kemudahan pembedahan ambulatori, dan klinik pemulihan serta kemudahan penjagaan yang lain.

Per Juul Nielsen, Ketua Pegawai Eksekutif bagi UVD Robots, melihat kerjasama Ecolab sebagai satu pengesahan yang luar biasa terhadap kecekapan bagi penyelesaian berautonomi UVD Robots. “Kami sangat teruja kerana kerjasama ini kini berkembang untuk memanfaatkan kemudahan penjagaan kesihatan pada satu skala global,” kata beliau, sambil menambah bahawa teknologi pembasmian kuman UV-C UVD Robots merawat sebuah dewan bedah dalam masa kira-kira lapan hingga lima belas minit.

“UVD Robot menyelesaikan cabaran untuk menempatkan semula dan meminimumkan pembayangan yang sebelum ini menghalang penggunaan komprehensif bagi pembasmian kuman UV-C, sambil menyediakan akses 24/7 kepada pematuhan masa nyata dan laporan keberkesanan bagi prosedur pembasmian kuman,” kata Claus Risager, Pengerusi bagi Lembaga UVD Robots dan Ketua Pegawai Eksekutif di Blue Ocean Robotics.- Bernama

Membasmi kuman di hospital dengan cahaya UV-C bukan satu konsep baharu, namun, penyelesaian yang sedia ada termasuk lampu siling UV, robot pembersih pegun dan pembersih udara mungkin tidak sampai ke ruang berbayang atau terpencil serta platform mudah alih yang ditawarkan oleh UVD Robots berautonomi. – Bernama/Business Wire