Friday, October 11, 2024
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Uyaina Arshad dikecam sebab pertahan Abang Bas

    Akaun TikTok milik pengacara dan pelakon Uyaina Arshad dibanjiri kecaman warganet yang tidak berpuas hati dengan kelantangannya bercakap tentang isu membabitkan Abang Bas yang sedang hangat diperkatakan ketika ini.

    Uyaina atau Saidatul Naseha Uyaina Arsyad berkata, dia kesal dengan reaksi diberikan apabila perbuatan tersebut jelas boleh menjerumus kepada jenayah.

    “Pergilah TikTok saya, baca komen-komen orang yang kecam saya sebab bersuara mengenai tindakan Abang Bas itu. Nauzubillah. Bagi saya inilah keburukan media sosial. Apabila orang baru dapat perhatian atau likes, mula rasa semangat nak buat kandungan sebegitu walaupun sah-sah ia salah,” katanya.

    Uyaina meluahkan kekesalan itu menerusi hantaran di Instagram miliknya pada Sabtu.

    Selain pelbagai kecaman, terdapat juga menyelar pandangan Uyaina dengan meminta dia menggantikan tugas pemandu bas tersebut. Santai menjawab komen berkenaan, Uyaina menegaskan tegurannya ditujukan kepada semua pihak termasuk golongan pendidik yang gemar merakam video pelajar sebagai content.

    “Jawapan saya mudah, kerja dia bawa bas, jadi bawa bas sahaja. Tugas dia tak termasuk rakam anak orang semasa memandu. Dan (teguran) ini saya tujukan untuk guru, doktor, jururawat, makcik kantin, abang janitor dan semua. Awak nak rakam siput, tidak mengapa. Anak orang jangan!,” jelasnya.

    Sebelum ini, Uyaina meluahkan rasa kurang senang dengan tindakan pemandu bas berkenaan yang merakam video pelajar sekolah. Jelasnya, perbuatan itu dikhuatiri boleh menyumbang kepada jenayah melibatkan kanak-kanak.

    Pada pagi Jumaat, pemandu bas berkenaan ditahan polis dan sedang direman selama lima hari sehingga 10 September ini bagi membantu siasatan.

    Orang ramai meluahkan rasa bimbang terhadap kandungan yang dimuat naik pemandu bas berkenaan di media sosial. Ini termasuk kapsyen seperti ‘hari ini crush kita buat homework yang digunakan pemandu bas tersebut, dianggap tidak bersesuaian untuk ditujukan kepada murid sekolah rendah. – Agensi

    Uyaina kecewa apabila menerima kecaman susulan bersuara mengenai isu ‘Abang Bas’. – mStar

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda