Friday, April 19, 2024
30.4 C
Brunei

    -

    Uyaina Arshad umum hamil, baby bump dah tak boleh sorok

    Bersyukur dan teruja bakal menimang cahaya mata pertama, pelakon Uyaina Arshad berkata, dia memilih untuk berkongsi berita kehamilannya selepas menerima banyak pertanyaan daripada peminat.

    Uyaina atau nama sebenarnya Saidatul Naseha Uyaina Arshad yang kini hamil tiga bulan memberitahu perkongsian itu juga dibuat disebabkan perutnya kini semakin membesar dan tidak dapat disorokkan lagi.

    Malah, pelakon berusia 30 tahun itu dan suaminya iaitu penyanyi Raja Syahiran turut mengharapkan doa daripada semua peminat mereka.

    “Sejujurnya saya rasa lain sebab sekarang ini pun dah masuk trimester kedua. Perasaan itu bercampur aduk, rasa bersyukur sangat dalam pada masa teruja juga.

    “Kami berkongsi berita gembira itu pun sebab dah ramai orang bertanya. Mereka kata baby bump dah nampak ketara sangat. Jadi, kami ambil keputusan untuk beritahu secara umum.

    Uyaina kongsi berita kehamilannya selepas menerima pertanyaan daripada peminat. – Agensi

    “Alhamdulillah, ramai orang yang mendoakan, itu yang kami mahukan, doa daripada orang ramai,” kata Uyaina kepada mStar.

    Pada Sabtu lalu, pelakon Perempuan Tanpa Dosa itu berkongsi mengenai dirinya kini sedang hamil anak pertama menerusi laman Instagram miliknya.

    Uyaina juga berkongsi keadaan dirinya mengalami alahan yang sangat teruk.

    Bagaimanapun Uyaina memberitahu keadaannya menjadi lebih tenang ketika bercuti bersama suami di Turki baru-baru ini.

    “Ya Allah, nak cakap fasal morning sickness ini, memang trimester pertama itu agak teruk. Saya alami muntah-muntah tanpa henti. Kalau makan, mesti muntah balik.

    “Selain itu, tak ada selera makan. Saya tak boleh nak buat apa-apa sebab badan tak larat. Banyak berehat di rumah. Bila dah masuk trimester kedua ini barulah rasa seperti sebelum hamil.

    “Keadaan saya lebih tenang malah masa pergi bercuti di Turki pun saya dapat berjalan-jalan dari pagi sampai ke petang. Cuma sampai saja Malaysia, baru ambil barang saya dah berlari cari tandas.

    “Sebab tak tahan nak muntah, mungkin anak lebih suka dapat berjalan-jalan.

    “Bila balik Malaysia, jadi mual semula,” ujarnya. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...