Wednesday, April 24, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Uzbekistan isytihar darurat di wilayah Karakalpakstan

    TASHKENT, 3 JULAI – Uzbekistan kelmarin mengumumkan darurat selama sebulan di wilayah autonomi Karakalpakstan susulan protes yang berlaku, lapor Agensi Anadolu.

    Pengisytiharan darurat itu ditandatangani Presiden Shavkat Mirziyoyev selepas tunjuk perasaan tercetus ekoran cadangan kerajaan untuk meminda status autonomi wilayah itu.

    Perintah darurat akan berkuat kuasa bermula 3 Julai hingga 2 Ogos dengan mengehadkan aktiviti keluar masuk di wilayah itu dan semua acara awam adalah dilarang.

    Sekatan sementara turut dilaksanakan bagi mengurangkan kenderaan masuk di wilayah itu serta untuk menjejaki individu tertentu.

    Penunjuk perasaan sebelum ini dilaporkan cuba menyerbu bangunan kerajaan.– Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...