V BTS pecah dua rekod

Kumpulan K-Pop iaitu BTS sememangnya menjadi kegilaan ramai dan mempunyai peminat hampir di seluruh dunia.

Malah, tujuh anggota kumpulan BTS itu juga baharu sahaja mengejutkan peminat dengan mendedahkan akaun Instagram peribadi mereka pada 6 Disember lalu.

Bukan itu sahaja, Guinness World Records juga telah mengesahkan ahli BTS iaitu V telah memecah rekod dengan mencapai jumlah pengikut satu juta dan 10 juta paling cepat.

Dalam masa 43 minit, pengikut V mencecah satu juta dan jumlah terus meningkat ke 10 juta dalam masa 4 jam 52 minit sahaja.

Kini kesemua ahli BTS mempunyai jumlah pengikut di laman Instagram peribadi mereka melebihi 20 juta setiap orang.

Sebelum ini, BTS berjaya memecah lima rekod dunia sebagai kumpulan dengan lagu hit mereka berjudul Butter. – Agensi

Dalam masa 43 minit, pengikut V di Instagram mencecah satu juta dan jumlah terus meningkat ke 10 juta dalam masa 4 jam 52 minit sahaja. – Agensi