Gara-gara tidak menegur peminat dan media yang sudah lama menunggu di lapangan terbang, salah seorang anggota kumpulan BTS iaitu V menerima kecaman hebat banyak pihak.
Menjawab mengenai situasi tersebut, V sendiri tampil memohon maaf atas perbuatan yang tidak disengajakan itu.
“Media dan Army (peminat BTS), saya minta maaf kerana terus menuju ke kereta. Awda telah tunggu saya untuk waktu yang lama,” jelasnya seperti yang dipetik dari AllKpop.
Pada 28 Jun lalu, V yang baru pulang dari Paris bersama Park Bo Gum dan Lisa (Blackpink) dilihat terus menuju ke kereta selepas turun dari sebuah jet peribadi.
Ketibaan V itu dinantikan oleh peminat dan media yang sudah lama menunggu bagi menyambut kepulangan mereka.
Sementara itu dalam satu laporan lain, seorang warganet dilihat mempertahankan tindakan V dengan menceritakan situasi sebenar ketika itu. – Agensi