V BTS atau Kim Taehyung terpilih menjadi model yang bakal menghiasi muka depan majalah terkemuka di Korea, ELLE Korea untuk edisi keluaran April.
ELLE Korea juga mengumumkan V secara rasmi akan bekerjasama dengan aktor Park Bo Gum sebagai duta global Celine atau juga dikenali sebagai ‘Celine Boy’ sekali gus
mewakili jenama fesyen mewah Prancis mulai 2023.
Menerusi akaun media sosial mereka, ELLE Korea telah mengeluarkan kenyataan baru-baru ini yang menyatakan bahawa V telah dipilih sebagai bintang muka depan bagi majalah ELLE Korea pada keluaran April.
Ini merupakan aktiviti rasmi V bersama Celine. Namun, saat artikel ini ditulis belum ada pengumuman secara rasmi kerjasama V menjadi duta jenama Celine.
Ketika ini, V sedang menjayakan rancangan varieti Jinny’s Kitchen atau Seojin’s Korean Street Food.
Rancangan varieti tersebut adalah rancangan varieti pertama yang disiarkan secara global oleh platform OTT Prime Video Amazon.
Selain itu, Jinny’s Kitchen juga meraih tempat pertama program paling banyak ditonton di platform TVING setelah episode terbaru.
Menurut laporan dari allkpop, V telah menceritakan pengalamannya semasa penggambaran di Jinny’s Kitchen dalam satu wawancara.
“Meskipun saya awalnya ragu-ragu, saya memutuskan untuk mencuba karena teman baik saya turut ikut serta dalam acara tersebut dan mereka memberitahu saya ia adalah pengalaman yang bagus.” – Agensi
