Vaksin AstraZeneca/Oxford 70% berkesan tangani virus

LONDON, 23 NOV – Vaksin koronavirus yang dibangunkan oleh firma ubat-ubatan AstraZeneca dan Universiti Oxford teah menunjukkan 70 peratus keberkesanannya dalam percubaan klinikal melibatkan 23,000 orang, menurut satu kenyataan bersama hari ini.

Pengumuman itu muncul selepas percubaan klinikal ubat lain yang dibangunkan oleh Pfizer/BioNTech dan Moderna mengumumkan keberkesanan lebih 90 peratus.

Keputusannya berjarak antara 62 dan 90 peratus efisien bergantung pada dos vaksin, menurut kenyataan tersebut.

Ketua eksekutif AstraZeneca, Pascal Soriot berkata vaksin firma itu akan tetap juga menunjukkan efektif dan mempunyai ‘impak serta-merta’.

Firma itu berkata ia berhasrat akan menghasilkan sekitar tiga bilion dos vaksin pada 2021 jika ia lulus rintangan peraturan selebihnya.

“Analisis gabungan…menunjukkan keefisienan sekitar 70 peratus,” katanya. – AFP

Gambar fail yang diambil pada 17 November menunjukkan gambar ilustrasi vaksin COVID-19 bersama logo syarikat AstraZeneca. – AFP