Vaksin atau bayar sendiri swab?

HONG KONG, 2 OGOS – Kakitangan awam, guru-guru dan pekerja kesihatan perlu mendapatkan vaksin atau dikenakan bayaran bagi ujian swab biasa, umum pemimpin bandar itu hari ini, ketika pentadbirannya mengadaptasi tekanan ino-kulasi mandatori.

Hab kewangan itu merupakan salah satu dari beberapa tempat di dunia yang mendapat bekalan vaksin mencukupi namun orang awam kurang bersemangat.

Selepas enam bulan, hanya 36 peratus daripada 7.5 juta penduduk bandar itu sepenuhnya divaksin manakala 48 peratus menerima satu dos vaksin.

Hari ini, ketua eksekutif Carrie Lam mengumumkan tekanan baharu untuk meningkatkan kadar vaksinasi bandar itu dengan membuat suntikan diwajibkan bagi empat sektor, kakitangan awam, kesihatan, pekerja rumah jagaan dan guru sekolah.

Mereka yang enggan divaksin akan terpaksa menjalani ujian dua kali seminggu dan membayar kos itu sendiri kecuali yang mempunyai alasan perubatan untuk tidak diinokulasi. – AFP