Vaksin Australia timbul kebimbangan

SYDNEY, 24 OGOS – Seorang biskop Katolik meragui perjanjian vaksin Australia dengan AstraZeneca, dengan mengatakan vaksin yang berpotensi itu menggunakan sel janin yang mengikut ajaran Kristian, adalah tidak beretika.

Biskop Sydney, Anthony Fisher menulis sepucuk surat yang juga ditandatangani oleh pemimpin agama Anglikan dan Ortodoks Greece kepada Perdana Menteri Scott Morrison yang menggariskan kebimbangan orang Kristian mengenai penggunaan vaksin daripada sel yang berasal dari pengguguran elektif yang dilakukan beberapa dekad yang lalu.

Surat itu, yang dilihat oleh AFP, meminta Morrison untuk memastikan bahawa jika vaksin yang dikembangkan oleh penyelidik Universiti Oxford dilancarkan di Australia, ia tidak akan membawa kemudaratan. – AFP