Vaksin AZ keluaran Thailand diiktiraf WHO

KUALA LUMPUR, 21 OKT – Vaksin COVID-19 AstraZeneca yang dikeluarkan di Thailand telah diiktiraf di bawah prosedur Senarai Kegunaan Kecemasan (EUL) Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), berkuat kuasa serta-merta.

Syarikat biofarmasetikal AstraZeneca dalam kenyataan hari ini berkata, WHO telah mengiktiraf EUL kepada vaksin COVID-19 keluaran syarikat itu, yang membolehkan vaksin berkenaan diakses di peringkat global semasa pandemik Februari lepas. Menurut kenyataan itu, pengiktirafan EUL tersebut kini telah diperluaskan termasuk kepada dos yang dikeluarkan oleh rakan pengeluar AstraZeneca di Thailand iaitu Siam Bioscience dan mengiktiraf vaksin COVID-19 AstraZeneca atau Vaxzevria adalah produk yang sama, di mana sahaja vaksin itu dihasilkan. – Bernama