Vaksin berkesan terhadap varian Delta

BEIJING, 1 OGOS – Vaksin COVID-19 berupaya melawan varian Delta dengan memberi perlindungan mencukupi, menurut pakar China.

Penyelidik dari Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) China, Shao Yiming berkata, setakat ini, vaksin masih mampu mempertahankan keberkesanannya terhadap pelbagai varian baharu.

“Berdasarkan penyelidikan yang dibuat di peringkat global, fenomena dijangkiti semula selepas divaksin lazimnya dikenali sebagai kes bulus, suatu perkara yang biasa. Ia melibatkan jumlah yang amat kecil berbanding penerima vaksin yang melebihi tiga bilion dos di seluruh dunia.

“Vaksin COVID-19 pertama kali diguna pakai, jadi data mengenainya masih dikemas kini dengan penyelidikan dan ujian klinikal.

“Tiada vaksin 100 peratus kebal terhadap jangkitan virus,” katanya kepada media di sini pada Sabtu. – Bernama