Wednesday, April 24, 2024
30.6 C
Brunei

    -

    Vaksin, booster jadikan imuniti pada tahap tinggi

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 MAC – Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar menjelaskan bahawa imuniti seseorang itu akan berada pada tahap yang tinggi bagi yang bervaksinasi atau mendapatkan dos penggalak (booster).

    Yang Berhormat Dato berkata sedemikian semasa menjawab persoalan media mengenai sama ada mereka yang pulih daripada jangkitan COVID akan mempunyai sedikit imuniti terhadap COVID dan berapa lama ia akan bertahan dalam kes Omicron.

    Beliau menjelaskan lanjut, Omicron baru dikesan di negara ini pada Disember tahun lalu dan hasil dapatan dari luar negara menunjukkan bahawa sekurang-kurangnya dalam masa 90 hari, imuniti seseorang itu pada tahap yang tinggi.

    “Kalau kita bervaksinasi atau mendapatkan booster, jika dijangkiti COVID, imuniti seseorang itu akan berada pada tahap yang tinggi,” jelasnya.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...