Friday, April 26, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Vaksin buatan China selamat, berkesan

    PHNOM PENH, 4 MEI – Setiausaha negara Kementerian Kesihatan Kemboja dan jurucakap, Or Vandine berkata bahawa vaksin COVID buatan China iaitu Sinovac dan Sinopharm adalah selamat digunakan dan berkesan, dan suntikan itu penting untuk menyelamatkan nyawa.

    “Vaksin yang kami gunakan ketika ini termasuk Sinovac, Sinopharm, AstraZeneca, Johnson & Johnson, Pfizer dan Moderna,” ujarnya kepada wartawan kelmarin.

    “Vaksin-vaksin tersebut adalah selamat, berkesan dan berkualiti kerana ia berada dalam senarai vaksin Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bagi kegunaan kecemasan,” katanya.

    Kemboja melancarkan kempen vaksinasi kebangsaan pada Februari 2021, dengan China menjadi pembekal utama vaksin dan vaksin yang paling banyak digunakan di negara itu ialah Sinovac dan Sinopharm.

    Vandine berkata vaksin adalah alat berkesan untuk melindungi nyawa daripada serangan COVID, menggesa mereka yang layak untuk mendapatkan suntikan penggalak, suntikan ketiga dan keempat, bagi menguatkan sistem imunisasi mereka.

    Wakil WHO ke Kemboja, Li Ailan berkata vaksin mampu menyelamatkan nyawa, melindungi kesihatan dan menyumbang kepada jangka hajat lebih lama.

    “Ramai penduduk Kemboja diberikan pelindungan yang baik menerusi vaksinasi termasuk perkhidmatan vaksinasi dan rutin imunisasi yang sedang berjalan,” tulisnya menerusi media sosial.

    Kemboja setakat ini menginokulasi sekurang-kurangnya satu dos vaksin kepada hampir 15 juta penduduk, bersamaan 93.4 peratus daripada 16 juta populasinya, dengan kementerian kesihatan berkata, 14.2 juta, atau 88.8 peratus, sudah lengkap divaksinasi dengan dua dos.

    Dengan kadar vaksinasi yang tinggi, Kemboja menyambung semula aktiviti sosio ekonominya dan membuka semula sempadan kepada pengembara yang lengkap divaksinasi tanpa kuarantin sejak November lalu.

    Kin Phea, ketua pengarah bagi Institut Hubungan Antarabangsa di Akademi Diraja Kemboja berkata vaksin itu melindungi nyawa, menstabilkan sistem kesihatan dan membantu memulihkan ekonomi. – Xinhua

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...