Thursday, April 25, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Vaksin budak: 15% ibu bapa di Sarawak tidak setuju

    KUCHING, 3 FEB – Sebanyak 15 peratus daripada 40 ribu responden dalam kalangan ibu bapa di Sarawak tidak bersetuju dengan Program Imunisasi COVID-19 untuk Kanak-kanak (PICKids).

    Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata hasil tinjauan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Sarawak dari 26 hingga 31 Jan itu mendapati sebanyak 59.7 peratus sangat bersetuju manakala 25.3 peratus tidak pasti.

    Beliau berkata antara sebab utama responden tidak setuju atau tidak pasti adalah kerana kerisauan berkenaan komplikasi yang bakal berlaku selepas mengambil vaksin.

    “Ada juga yang risau berkenaan keselamatan vaksin dan mahu memilih jenis vaksin yang diberikan,” katanya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) kepada pemberita selepas majlis pelancaran PICKids peringkat Sarawak di Hospital Umum Sarawak (HUS) di sini hari ini.

    Semalam, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata sebanyak 517,107 kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun di negara ini telah didaftarkan oleh ibu bapa mereka untuk menerima vaksin Pfizer COVID-19 setakat 1 Feb.

    Menurutnya, angka itu merangkumi kira-kira 15 peratus daripada jumlah keseluruhan kohort 3.6 juta kanak-kanak. – Bernama

    Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas (kanan) bersama kanak-kanak pertama yang disuntik dengan vaksin COVID-19 selepas melancarkan Program Vaksinasi COVID-10 untuk Kanak-kanak Peringkat Negeri Sarawak di Hospital Umum Sarawak (HUS) semalam. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...