Saturday, December 2, 2023
27.2 C
Brunei

    -

    Vaksin cacar monyet 78 peratus berkesan

    LONDON, 23 NOV – Pegawai kesihatan awam United Kingdom (UK) mengesahkan bahawa vaksin cacar monyet yang ada sekarang berkesan sehingga 78 peratus bagi mencegah penyakit itu.

    Sehubungan itu, golongan paling berisiko tinggi iaitu lelaki yang kerap mengadakan hubungan seks sejenis, digesa mendapatkan suntikan vaksin berkenaan secepat mungkin.

    Agensi Keselamatan Kesihatan (HSA) UK berkata analisis terbaharu menunjukkan ‘kesan keberkesanan vaksin dos tunggal adalah setinggi 78 peratus bagi tempoh 14 hari atau lebih dari tarikh suntikan.

    Dapatan itu disifatkan sebagai ‘bukti paling kukuh di UK’ berhubung keberkesanan suntikan vaksin berkenaan.

    Makmal Bavarian Nordic di Denmark adalah satu-satunya pembuat vaksin berlesen bagi vaksin cacar monyet, MVA-BN. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    AS$2.2 juta dilarikan perompak bersenjata

    NEW DELHI, 1 DIS – Perompak bersenjata melarikan 188 juta rupee (AS$2.2 juta) dari sebuah bank di negeri timur laut Manipur yang dilanda keganasan. Rompakan...