‘Vaksin COVID-19 percuma untuk penduduk Australia’

SYDNEY, 18 OGOS – Australia kini bakal diberikan akses untuk mendapatkan vaksin COVID-19, perdana menteri mengumumkan hari ini, dengan mengatakan bahawa negara itu akan menghasilkan dan menawarkan dos vaksin secara percuma kepada seluruh penduduk.

Perdana Menteri Scott Morrison mengatakan Australia telah mencapai kesepakatan dengan syarikat farmasi Sweden-Britain AstraZeneca untuk menerima vaksin COVID-19 yang sedang dikembangkannya dengan Universiti Oxford.

“Sekiranya vaksin ini terbukti berjaya, kami akan membuat dan membekalkan vaksin secara langsung di bawah makmal kami sendiri dan memberikannya percuma kepada seluruh penduduk Australia,” katanya.

Vaksin Oxford adalah satu daripada lima peringkat global dalam ujian keberkesanan di tahap ke-3, dan para penyelidik berharap dapat memperoleh hasil pada akhir tahun ini. – AFP