Tuesday, August 16, 2022
27.1 C
Brunei

Vaksin diisytihar sebagai perkataan tahun 2021

-

MOSCOW, 29 NOV – Merriam-Webster hari ini memilih perkataan ‘vaksin’ sebagai perkataan pilihan tahun ini, lapor Sputnik.

Menurut syarikat kamus Amerika Syarikat itu, ‘vaksin’ mengatasi perkataan ‘pandemik’ yang terpilih sebagai perkataan pilihan pada 2020. Orang ramai mencari maksud perkataan vaksin sebanyak 601 peratus lebih kerap berbanding 2020.

Bagaimanapun minat terhadap perkataan itu semakin meningkat sejak permulaan pandemik COVID-19. Pencarian perkataan itu melonjak sebanyak 535 peratus pada Ogos ketika kerajaan Amerika membahaskan kelulusan vaksin serta kadar vaksinasi dan kadar pencarian maksud berkenaan kekal stabil sehingga lewat musim luruh.

Merriam-Webster turut mengemas kini definisi perkataan bagi memberikan takrifan nuansa yang lebih menyeluruh dan kini menghambarkan penggunaan mRNA (molekul asid ribonukleik) dalam pengeluaran vaksin.

Pada Oktober, The Oxford English Dictionary memilih perkataan “vax” sebagai perkataan tahun ini.

Perkataan vaksin dan terbitannya, berasal daripada perkataan Latin ‘vacca’ yang bererti lembu kerana penyakit cacar lembu (cowpox), digunakan untuk memberikan imunisasi kepada manusia daripada penyakit cacar (smallpox). – Bernama

- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

Iran nafi terbabit serangan Salman Rushdie

TEHRAN, 15 OGOS – Pegawai kerajaan Iran hari ini menafikan Tehran terbabit dalam serangan yang mencederakan penulis kontroversi, Salman Rushdie di Amerika Syarikat (AS)...

China lancar latihan baharu

- Advertisment -