Vaksin hidu China selamat, berkesan

NEW DELHI, 20 OKT – Vaksin COVID-19 jenis sedut yang dibangunkan oleh Cansino Biologics Inc, China adalah selamat dan berkesan, lapor laman web berita India.

Menurut india.com, vaksin itu menunjukkan peningkatan 250 hingga 300 kali ganda dalam meneutralkan tahap antibodi sebagai suntikan penggalak.

“Mengikut kajian makmal terkini oleh pengilang ubat China, vaksin COVID-19 berasaskan vektor adenovirus Type-5 (Ad5-nCoV) jenis aerosol sedut, diambil selepas menyelesaikan dua dos vaksin tidak aktif bagi setengah tahun, terbukti selamat dan lebih signifikan imunogen daripada mengambil vaksin tidak aktif sebagai penggalak,” kata laman web itu memetik laporan Global Times sebagai berkata. – Xinhua