Vaksin HPV kurangkan risiko kanser serviks

PARIS, 4 NOV – Kes kanser serviks menurun di kalangan wanita Britain yang menerima vaksinasi ke atas human papillomavirus (HPV), menurut satu kajian yang disiarkan hari ini.

Dalam membandingkan kanser serviks da kadar kanser awal sebelum dan selepas program imunisasi HPV yang diperkenalkan di England pada 2008, penyelidik mendapati ‘penurunan besar,’ terutamanya di kalangan wanita paling muda yang telah menerima suntikan, menurut keputusan yang terbit dalam jurnal perubatan The Lancet.

“Kajian kami menyediakan bukti langsung pertama mengenai kesan vaksinasi HPV menggunakan vaksin Cervarix ke atas pesakit kanser serviks,” kata penulis.

Pengurangan risiko adalah paling ke-tara di kalangan mereka yang telah me-nerima suntikan vaksin pada umur paling awal 12-13 tahun, mencatat penurunan 87 peratus. Mereka yang menerima suntikan vaksin di antara umur 16-18 melihat penurunan 34 peratus, menurut kajian.

Kanser serviks, yang berpunca daripada HPV, dapat dicegah dengan vaksin yang selamat dan boleh dipercayai, dan juga boleh sembuh jika dikesan awal dan dirawat.

Tahun lalu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia melancarkan strategi global untuk membasmi penyakit itu, yang merupakan salah satu kanser paling umum wanita dan membunuh ratusan ribu setahun. – AFP