Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Vaksin kanak-kanak 5-11 tahun masih dalam persiapan

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 MAC – Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah selaku wakil Yang Berhormat Menteri Kesihatan pada sidang media hari ini mengongsikan perkembangan vaksin bagi kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun.

    Yang Berhormat Dato mengongsikan perkara berkenaan semasa menjawab persoalan yang ditimbulkan oleh wakil media mengenai bila waktunya kanak-kanak yang berumur lima hingga 11 tahun boleh mendapatkan vaksin.

    Semasa menjawab persoalan tersebut, Yang Berhormat Dato menjelaskan yang perkara ini sentiasa dirundingkan oleh Kementerian Kewangan dan Ekonomi dengan Kementerian Kesihatan.

    “Pada masa ini semua kertas kerja telah selesai diuruskan dan kini masih menunggu pihak pengeluar untuk membekalkannya ke Brunei,” jelasnya.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew semasa sidang media di Dewan Al-‘Afiah, kelmarin. – Gambar oleh James Kon
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...