Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Vaksin kanak-kanak: tingkatkan keyakinan ibu bapa dan penjaga

    Alhamdulillah vaksinasi COVID bagi kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun akan dibukakan secara sukarela atas kemahuan dan persetujuan ibu bapa dan penjaga untuk anak-anak mereka mendapatkan vaksin.

    Dan syabas juga diucapkan kepada pihak relevan yang ingin memastikan kanak-kanak selamat daripada COVID.

    Memang tidak dinafikan ramai ibu bapa dan penjaga mahu anak-anak mereka mendapatkan suntikan demi melindungi diri daripada sebarang risiko jangkitan namun dengan banyaknya berita kesan sampingan, ibu bapa dan penjaga pastinya ingin memastikan keselamatan anak mereka diutamakan. Mungkin sesetengah ibu bapa dan penjaga sudah sedia menjadi sukarela tetapi mengharapkan ada yang tampil lebih awal lagi untuk membuatkan mereka lebih yakin anak-anak selamat untuk mendapatkan vaksin. Jika hampir semua menanti perkara demikian siapa yang akan memulakan untuk tampil menjadi sukarela?

    Sehubungan itu, pihak relevan perlu memiliki inisiatif yang jitu bagi meyakinkan lagi ibu bapa dan penjaga terhadap pemberian vaksin kerana tanpa sebarang kepastian yang kukuh tidak mustahil ibu bapa merasa ragu untuk menjadikan anak-anak mereka sebagai sukarela.

    Saya yakin keputusan untuk memvaksin kanak-kanak tidak dibuat dengan tergesa-gesa tanpa meneliti keberkesanannya, cuma apa yang diharapkan, jaminan kepastian keselamatan selepas mendapatkan suntikan vaksin dan mungkin menjelaskan atau memberi bukti dari negara yang lebih awal memvaksin ramai golongan tersebut.

    Ibu bapa gusar

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...