Wednesday, April 24, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    ‘Vaksin Moderna berkesan bagi kanak-kanak bawah lima tahun’

    WASHINGTON, 12 JUN – Pihak berkuasa kesihatan Amerika Syarikat (AS) mengesahkan pada Jumaat lalu bahawa data yang disediakan oleh pembuat ubat Moderna mengenai keberkesanan vaksin COVID dalam kalangan kanak-kanak adalah tepat.

    Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA), yang menganalisis data secara bebas daripada ujian klinikal yang dijalankan oleh Moderna, berkata, keberkesanan vaksin terhadap kes gejala COVID ialah 51 peratus pada anak damit berumur enam bulan hingga kurang dari dua tahun dan 37 peratus pada kanak-kanak yang berumur dua hingga lima tahun.

    Angka itu lebih rendah daripada yang direkodkan semasa ujian klinikal ke atas orang dewasa, tetapi ia disebabkan ujian untuk kanak-kanak dijalankan semasa gelombang yang dikaitkan dengan varian Omicron, menurut FDA.

    “Walaupun VE (keberkesanan vaksin) dalam kanak-kanak enam bulan hingga lima tahun adalah lebih rendah daripada yang diperhatikan dalam kajian pediatrik dewasa, ia sangat konsisten dengan keberkesanan vaksin dunia sebenar yang diperhatikan terhadap Omicron pada orang dewasa,” FDA berkata dalam satu kenyataan.

    Walaupun vaksin Moderna telah terbukti kurang berkesan terhadap varian Omicron, ia masih disarankan bagi melindungi kes penyakit yang teruk, tambah FDA.

    FDA turut membuat kesimpulan bahawa data Moderna telah ‘menyokong pemberian’ vaksin dalam dua dos sebanyak 100 mikrogram setiap satu untuk remaja berumur 12 hingga 17 tahun, 50 mikrogram untuk kanak-kanak berumur enam hingga 11 tahun dan 25 mikrogram pada kanak-kanak berumur enam bulan hingga lima tahun.

    Sementara itu, di AS, vaksin Moderna pada masa ini hanya dibenarkan untuk mereka yang berumur 18 tahun ke atas. FDA dijangka menerbitkan analisis data dari Pfizer pada minggu depan.– AFP

    Di Amerika Syarikat, hanya mereka yang berusia 18 tahun ke atas akan diberikan suntikan vaksin Moderna. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...