Friday, May 16, 2025
31.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Vaksin selamatkan jutaan nyawa

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 April – Tahun ini, Kementerian Kesihatan menyambut Minggu Imunisasi Rantau Pasifik Barat 2017 bermula esok (24 April) hingga 30 April dengan tema ‘Vaksinasi Tanggungjawab Semua. Lindungi Anak-anak Kita, Lindungi Masyarakat Kita’.

    Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Haji Zulkarnain bin Haji Hanafi dalam perutusannya sempena sambutan berkenaan menjelaskan, minggu imunisasi berkenaan bertujuan untuk mempromosikan dan meningkatkan kesedaran mengenai penggunaan vaksin untuk melindungi orang dari semua peringkat usia daripada penyakit.

    Telah dibuktikan bahawa vaksinasi telah menyelamatkan berjuta-juta nyawa dan secara meluas diiktiraf sebagai salah satu ciptaan kesihatan yang paling berjaya dan berkesan kos.

    Pada masa ini, imunisasi dianggarkan mencegah dua hingga tiga juta kematian setiap tahun, menurut Yang Berhormat Dato.

    Bagaimanapun, hari ini, masih terdapat 19.4 juta orang kanak-kanak yang tidak menerima suntikan vaksin dan tidak menerima suntikan vaksin lengkap di dunia.

    Yang Berhormat Dato menekankan, rutin imunisasi semasa kanak-kanak bukan sahaja memberikan perlindungan dan imuniti daripada penyakit berjangkit yang mengancam nyawa seperti campak, beguk dan rubela, ia juga menyediakan titik pertemuan penting bagi penjagaan kesihatan pada permulaan kehidupan dan menawarkan setiap anak peluang kehidupan sihat dari awal.

    Negara Brunei Darussalam sangat bernasib baik sepanjang 20 tahun kebelakangan kerana berjaya mengekalkan liputan imunisasi kebangsaan tahunan hampir 100 peratus untuk Program Imunisasi Kanak-kanak Kebangsaan bagi kanak-kanak berusia 0-5 tahun.

    Ini selaras dengan Pelan Tindakan Vaksin Global yang matlamatnya adalah untuk mencapai liputan vaksinasi sekurang-kurangnya 90 peratus menjelang 2020, tambah beliau.

    Menteri Kesihatan dalam perutusannya menjelaskan bahawa dalam kalangan remaja dan dewasa, mendapatkan suntikan vaksin boleh mencegah penyakit, kelumpuhan dan kematian daripada penyakit serius seperti kanser serviks, pneumonia dan tetanus.

    Beberapa program vaksinasi telah diperkenalkan di Brunei antaranya Human Papilloma Virus (HPV) bagi wanita sebagai inisiatif pencegahan kanser serviks.

    Sebagai sebahagian daripada penjagaan antenatal, wanita me-ngandung juga secara rutin ditawarkan vaksinasi tetanus dan influenza untuk mencegah komplikasi kepada ibu dan anak damit dalam kandungan daripada penyakit berkenaan.

    Bagi masyarakat umum, vaksinasi influenza tahunan sangat disyorkan terutamanya bagi mereka yang berisiko tinggi mendapat jangkitan berkenaan seperti yang mempunyai asma, diabetes atau penyakit-penyakit jantung. Vaksinasi influenza tahunan boleh didapatkan di pusat-pusat kesihatan kerajaan di keempat-empat daerah.

    Yang Berhormat Dato seterusnya berkata, kementeriannya bermatlamat untuk meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan kritikal vaksinasi dan mengurangkan ketakutan serta mitos yang berkaitan dengannya.

    “Vaksin sangat selamat. Vaksin, apabila diambil, mencetuskan tindak balas imun serupa dengan yang dihasilkan oleh jangkitan semula jadi, tetapi ia tidak menyebabkan penyakit itu atau mendedahkan orang yang menerima imunisasi itu kepada risiko komplikasi berpotensi.

    “Seseorang lebih berkemungkinan sakit teruk jika tidak dilindungi dengan vaksin berbanding mengambil vaksin itu sendiri,” Menteri Kesihatan menekankan dalam perutusannya.

    Kerana liputan penduduk yang tinggi, Yang Berhormat Dato berkata, Brunei Darussalam telah diisytiharkan keluar daripada penyakit memudaratkan seperti Polio dan Sindrom Rubela Kongenital.

    Walaupun penyakit-penyakit berkenaan telah menjadi luar biasa, agen-agen berjangkit yang menyebabkannya terus tersebar di negara-negara lain. Dalam era perjalanan dan globalisasi ini, agen-agen tersebut dengan mudah boleh merentas sempadan geografi dan menjangkiti orang-orang yang tidak dilindungi dan penyakit itu boleh kembali jika program-program vaksinasi dihentikan.

    Selaras dengan keutamaan strategik Kementerian Kesihatan iaitu untuk menyemai bahawa kesihatan adalah tanggungjawab semua dan untuk mencegah dan mengawal penyakit tidak berjangkit, Yang Berhormat Dato berkata, mereka sangat menghargai usaha-usaha bersepadu yang bernilai tinggi daripada semua pihak berkepentingan terutamanya ibu bapa dalam menyokong secara aktif komitmen mereka mengekalkan liputan imunisasi serta meningkatkan kesedaran dan pendidikan mengenai vaksinasi.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda

    https://old.amactechnologies.com/wp-content/bandarqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/dominoqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/pkv-games/ https://techradar.id/file/bandarqq/ https://techradar.id/file/dominoqq/ https://techradar.id/file/pkv-games/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/bandarqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/dominoqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/pkv-games/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/bandarqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/dominoqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/pkv-games/ http://files.follettcommunity.com/index.html http://files.follettcommunity.com/bandarqq/index.html http://files.follettcommunity.com/dominoqq/index.html pkv games https://portal-previsional.uct.cl/bandarqq/ https://portal-previsional.uct.cl/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/bandarqq/ https://mypds.co.id/sistem/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/pkv-games/ https://konsultansekolah.id/assets/bandarqq/ https://konsultansekolah.id/assets/dominoqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/bandarqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/bandarqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/pkv-games/ https://portal.mzuni.ac.mw/bandarqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/dominoqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/pkv-games/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/bandarqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/dominoqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/pkv-games/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/bandarqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/dominoqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/pkv-games/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/bandarqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/dominoqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/pkv-games/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/bandarqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/dominoqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/pkv-games/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/bandarqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/dominoqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/pkv-games/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/bandarqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/dominoqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/pkv-games/ https://vision-dmd.info/wp-includes/bandarqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/dominoqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/pkv-games/ https://hestiaistiviani.com/docs/bandarqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/dominoqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/pkv-games/ https://media.otoinfo.id/htdocs/bandarqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/dominoqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/pkv-games/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/bandarqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/dominoqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/pkv-games/ https://fpboreholes.co.uk/ http://media5.devm.wgt.com/index.html https://myo-seq.org/docs/bandarqq/ https://ginewstvinvestigasi.com/idn-poker/ http://asset.questex.com/index.html http://download.s-cute.com/index.html https://www.blue-pangolin.net/try/parlay/ http://videos.eu.cdn.darebusters.com/index.html http://origin-www.meiamaratonasaopaulo.com.br/index.html https://pgri.or.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://gempita.co/wp-content/bandarqq/ https://gempita.co/wp-content/dominoqq/ https://gempita.co/wp-content/pkv-games/ bandarqq dominoqq pkv games bandarqq dominoqq pkv games https://cste.sut.ac.th/QRcode/masterFile/