Monday, November 11, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Vaksin selsema tanpa jarum kini tersedia

    WASHINGTON, 22 SEPT – Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) Amerika Syarikat buat pertama kalinya meluluskan vaksin selesema semburan hidung yang dikendalikan sendiri, baru-baru ini.

    Bermula musim luruh tahun depan, FluMist keluaran AstraZeneca, yang sebelum ini diluluskan pada 2003 untuk diberikan oleh penyedia penjagaan kesihatan, akan tersedia kepada orang ramai melalui farmasi dalam talian. Vaksin tanpa jarum itu akan dihantar selepas penilaian saringan dilakukan bagi memastikan kesesuaian penerima.

    “Kelulusan vaksin influenza pertama untuk yang dikendalikan sendiri atau oleh penjaga, menyediakan pilihan baharu untuk menerima vaksin selesema bermusim yang selamat dan berkesan dengan lebih mudah, fleksibel serta dapat diakses oleh individu dan keluarga,” kata Pegawai Utama FDA, Peter Marks.

    Mereka yang berusia 18 tahun ke atas kini dibenarkan untuk mengendalikan vaksin itu bagi diri sendiri atau orang lain, manakala kelulusan vaksin itu juga terpakai kepada individu berumur antara dua hingga 49 tahun. – AFP

    FluMist adalah berdasarkan bentuk virus influenza hidup yang lemah. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda