Wednesday, December 6, 2023
30 C
Brunei

    -

    Vaksin semburan hidung diuji hujung tahun ini

    BANGKOK, 11 OGOS – Thailand merancang untuk memulakan pemberian dua vaksin COVID-19 menerusi semburan hidung ke atas manusia menjelang hujung tahun ini selepas mendapat keputusan eksperimen yang memberangsangkan ke atas seekor tikus, kata seorang pegawai Thailand.

    Vaksin COVID-19 berasaskan vektor virus influenza dan vektor adenovirus telah dibangunkan oleh Pusat Kejuruteraan Genetik dan Bioteknologi Kebangsaan Thailand, kata Anan Jongkaewwattana, pengarah Kumpulan Penyelidikan Pengurusan dan Inovasi Kesihatan Veterinar di bawah pusat itu.

    Selepas menjalankan percubaan ke atas tikus, pusat itu merancang untuk memulakan fasa pertama percubaan ke atas manusia menjelang hujung tahun ini bagi mendapatkan kelulusan daripada Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan negara itu, kata Anan.

    Menurutnya percubaan itu juga akan menguji perlindungan vaksin itu ke atas varian Delta, menambah bahawa percubaan manusia fasa kedua dijadualkan pada Mac 2022, dengan sasaran pengeluaran besar-besaran pada pertengahan 2022 jika ujian itu berjaya. – Xinhua

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    China jadi contoh dunia bagi hak asasi manusia

    BEIJING, 5 DIS – China kelmarin menganjurkan seminar sempena ulang tahun ke-75 Deklarasi Hak Asasi Manusia Dunia di Beijing yang disertai lebih 70 peserta...