Vaksin semburan hidung mampu ‘sekat’ jangkitan

PARIS, 19 SEPT – Bolehkah vaksin COVID-19 yang di-sembur terus dalam hidung – bahagian badan yang paling mudah dijangkiti – membantu mengawal pandemik?

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata percubaan klinikal sedang dijalankan untuk menilai lapan vaksin semburan hidung yang menyasarkan COVID-19.

Usaha paling maju setakat ini oleh Universiti Xiamen China, Universiti Hong Kong dan Farmasi Biologi Wantai Beijing telah menamatkan percubaan fasa kedua.

“Apabila virus menjangkiti seseorang, ia biasanya memasuki menerusi hidung,” kata penyelidikan Nathalie Mielcarek yang bekerja dengan Institut Lille Pasteur untuk membangunkan vaksin semburan hidung terhadap batuk kering.

Satu artikel yang disiarkan dalam Scientific American pada Mac menggesa pembangunan vaksin semburan hidung disebabkan ia mempunyai kesan segera ke atas virus dalam mukus individu yang dijangkiti.

Di sana ia mencetuskan penghasilan antibodi dikenali sebagai immunoglobulin A, yang boleh menyekat jangkitan.

“Respons ini, bergelar imuniti pensterilan, mengurangkan peluang orang menyebarkan virus tersebut,” menurut artikel.

Vaksin yang ada sekarang menawarkan perlindungan kuat ke atas COVID-19 yang serius tetapi kurang berkesan mencegah penularan virus. – AFP