Vaksin Sinopharm untuk penuntut keluar negara
Oleh Syahmi Hassan BANDAR SERI BEGAWAN, 21 MEI – Kementerian Kesihatan memaklumkan orang ramai terutamanya penuntut-penuntut yang akan melanjutkan pengajian ke luar negara bahawa mereka yang ingin mendapatkan vaksin COVID-19 iaitu vaksin Sinopharm boleh mendapatkannya di Pusat Pemeriksaan Kesihatan Berakas semasa waktu pejabat. Mereka yang hendak mendapatkan vaksin tersebut hendaklah membuat tempahan terlebih dahulu melalui



































