Tuesday, August 9, 2022
23.3 C
Brunei

Vaksinasi bergerak diteruskan

-

Oleh Syahmi Hassan

BANDAR SERI BEGAWAN, 6 DIS – Perkhidmatan Klinik Vaksinasi COVID-19 Bergerak (perkhidmatan rumah-ke-rumah sahaja) akan dijalankan bermula esok di beberapa lokasi.

Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar menjelaskan lanjut bahawa Klinik Vaksinasi Bergerak Daerah Temburong akan diadakan esok dan 8 Disember dari pukul 9 pagi hingga 2:30 petang khusus bagi mereka yang dijadualkan untuk mendapatkan vaksinasi dos kedua sahaja.

Selain itu, Klinik Vaksinasi Bergerak Daerah Belait juga akan diadakan esok dari pukul 9 pagi hingga 2:30 petang, khusus bagi penduduk Kampung Sungai Teraban yang dijadualkan untuk mendapatkan vaksinasi dos kedua dan Pekan Belait bagi mereka yang baru mendapatkan dos pertama.

Manakala, pada 8 Disember, perkhidmatan vaksinasi bergerak akan diteruskan bagi penduduk Pekan Belait dan Kampung Mumong B bagi mereka yang baru mendapatkan dos pertama, tambah Yang Berhormat Dato semasa sidang media harian di Kementerian Kesihatan, hari ini.

Yang Berhormat Dato turut memaklumkan bahawa penduduk setempat di kawasan-kawasan tersebut akan dihubungi untuk mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 dan mereka perlu menunjukkan kad pengenalan atau pasport, kad (atau nombor) Bru-HIMS, jika ada dan Kad Vaksinasi COVID-19 bagi mereka yang menerima suntikan dos kedua.

- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

Ershun lahirkan panda kembar

CHONGQING, 8 OGOS – Seekor panda gergasi bernama Ershun telah melahirkan anak kembar 22 Julai lalu di sebuah zoo di barat daya China, Perbandaran...
- Advertisment -